Thursday, December 10, 2009
WEBLOG PENGHARUM
Salam semua..
Di sini TK ingin membantu meng'update'kan sedikit tentang kewujudan blog Pengharum <--klik dengan post sulung sekapur sireh dari Presiden Pengharum sendiri iaitu Dato' Dahlan Taha tentang objektif penubuhan Pengharum.
Tuan-puan juga boleh memuat turun (download) borang permohonan keahlian di blog Pengharum sendiri ataupun di sini. Walaubagaimana pun jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah berhubung langsung dengan mereka yang berkenaan di post TK yang lalu.
Wassalam.
[Baca seterusnya..]
Wednesday, November 11, 2009
PENGHARUM
Pada 30 Oktober 2009 dengan rasminya Persatuan Pengusaha Gaharu Bumiputera Malaysia atau PENGHARUM telah diluluskan.
Pengharum ditubuhkan oleh gabungan pengusaha-pengusaha gaharu malaysia bertujuan untuk menaik taraf industri gaharu tanah air serta memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada ahli-ahli persatuan yang terlibat dalam industri gaharu ini secara terus ataupun tidak.
Pengharum diterajui oleh
Presiden: Dato' Dahlan Taha
Timbalan Presiden: En. Mazalan Mohamed (Fragrance Asia)
Bendahari: Hj. Wahab (Cerah Pagi)
Setiausaha: Mohd Isfa Asri (Oud Resources)
Timbalan Setiausaha: Arfan Ramli (Grow Project Industries)
AGM ataupun mesyuarat agung yg pertama akan diadakan pada 20 Mac 2010, tempat akan diberitahu kelak.
Pengambilan ahli baru kini dibuka, dan boleh hubungi:
Mohd Isfa Asri : 016.246 6064
Arfan Ramli : 016.392 9161
*Pembetulan info :
1-Tarikh Pengharum diluluskan adalah pada 30 Oktober 2009, bukan 31 Oktober 2009 seperti posting terdahulu.
2-Tarikh AGM yang pertama bakal di adakan pada 20 Mac 2010 bukan 31 Mac 2010 seperti posting terdahulu.
Harap maaf.

Labels:
Pengharum
Sunday, November 1, 2009
BLOG TANAMKARAS GENAP SETAHUN
Alhamdulillah..pejam celik, hari ini genaplah SETAHUN Tanamkaras ngeblog dan berbagi info yang mungkin tak seberapa dengan anda semua. Apa orang kata..'setahun jagung??'..begitulah ibarat kami di dunia karas ini.
Terima kasih kepada mereka yang setia mengikuti dan yang telah melanggan informasi dari kami..
Kami sentiasa terbuka dengan kritik dan sentiasa mengalu-alukan saranan dari mereka-mereka yang jauh lebih 'jago' dan otai-otai di luar sana.
Walau bagaimanapun InsyaAllah kami akan terus sharing any info tentang karas dan mungkin sedikit pengalaman kami selama berkebun karas. Sesungguhnya "sharing is caring". cheers!

Sunday, October 25, 2009
Rembau...
Hari ini Tim Tanamkaras ke Rembau meninjau keadaan pokok-pokok karas kami setelah lama cuti berkebun :) sempena Ramadhon dan Eid yang lalu..
10 bulan..dan inilah beberapa snapshot pemandangan terkini perkebunan kami di sana..
InsyaAllah kami akan melakukan kerja-kerja pruning (memangkas) dalam kunjungan kami seterusnya.

*Klik gambar untuk tumbesaran pokok
[Baca seterusnya..]
Thursday, September 17, 2009
TaqobbalAllahu minna waminkum
Salam Eid dari:
seluruh warga tim Tanamkaras.
p/s Tanamkaras akan mudik ke Muar, Johor dan bercuti selama seminggu d sana. InsyaAllah. [Baca seterusnya..]
Friday, August 21, 2009
Marhaban Ya Romadhon!
“Bak seekor ulat, mengubah diri
menjadi kupu-kupu nan indah menawan..
Ramadhan adalah anugerah Allah
bagi hamba-hamba terpilih
meraih derajat Taqwa”
Sucikan diri...
Sucikan hati...
Selamat Menyambut Ibadah Puasa Ramadhan 1430HDari seluruh warga tim Tanamkaras.
[Baca seterusnya..]
Thursday, July 2, 2009
SAJADAH CINTA AROQ AL OUD
Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini..Tanamkaras membawakan "Sajadah Cinta Aroq AlOud" untuk didistribusi dengan harga serendah RM35.00* perhelai.
Sajadah istimewa dan eksotik ini diperbuat daripada tenunan rapi dari akar pokok kayu gaharu, berbau wangi dan sungguh aromatik.
Amat sesuai digunakan waktu bersimpuh bermunajat dan ketika rindu rinduan kepada-NYA di bulan Ramadhan kelak.
Dapatkan satu untuk mewujudkan wangian alami di rumah anda!
ORDER NOW 019-2558547 |LIMITED STOCK|
*-Tidak termasuk caj penghantaran.

Saturday, June 6, 2009
CITES APPENDIKS I, II dan III
Seperti yang di janjikan kali ini TK cuba membawakan info ringkas untuk dikongsi bersama tentang apa itu CITES Appendiks I,II dan III.
So, apa itu CITES Appendiks I, II dan III?
Appendiks I, II dan III di dalam CITES adalah satu senarai spesis yang dilindungi yang di kategorikan bergantung kepada tahap atau jenis perlindungan yang diberikan terhadap ancaman kepupusan atau 'over-exploitation'.
Jenis spesis yang dilindungi tersebut boleh ditambah atau dikeluarkan dari dalam senarai Appendiks I dan II atau dikeluarkan atau ditukar antara keduanya (Appendiks), hanya melalui persidangan CITES berdasarkan keputusan dari mesyuarat biasa atau melalui prosidur pos. (artikel XV CITES).
Akan tetapi, sesuatu spesis itu boleh ditambah atau dikeluarkan dari Appendiks III pada bila-bila masa oleh pihak CITES atau pihak negara yang terbabit.
Appendiks I:
Appendiks I adalah senarai spesis haiwan atau tumbuhan yang paling terancam dengan kepupusan.
Segala bentuk perdagangan untuk spesis ini adalah dilarang dan hanya dibenarkan untuk tujuan penyelidikan dan bukan untuk tujuan komersial.
Untuk tujuan itu, sijil kebenaran dikeluarkan selagi ianya telah disahkan oleh permit export dan import setelah melalui peraturan yang amat ketat.
Appendiks II:
Segala spesis yang masih belum terancam kepupusan pada waktu ini tetapi boleh terjadi kecuali perdagangan untuk spesis ini atau sejenisnya dikawal agar penggunaannya seimbang dengan kehidupannya.
Appendiks ini juga boleh dikatakan kategori spesis yang dipantau perdagangannya. Ia juga termasuk 'look alike species' contohnya spesis yang didagangkan itu seperti sama dengan yang tersenarai dalam senarai perlindungan.
Perdagangan secara komersial adalah dibenarkan tetapi harus melalui prosidur yang ditetapkan dan setiap contoh barangan perlu mempunyai sijil CITES sebelum penjualan dibenarkan. Sijil ini mesti menunjukkan secara terperinci tentang haiwan atau tumbuhan tersebut, sijil importnya dan sebagainya..
Permit atau sijil hanya diberikan jika pihak berkuasa yang bekenaan berpuashati setelah syarat yang sepatutnya telah dipenuhi tergantung kepada sesetengah negara itu.
Appendix III:
Appendiks ini mengandungi spesis yang dilindungi sekurang kurangnya di satu negara yang telah meminta bantuan pihak CITES dalam mengawal perdagangannya. Negara tersebut akan berkolaborasi dengan pihak CITES dalam mencegah exploitasi berterusan dan perdagangan haram atas spesis itu.
Perdagangan antarabangsa hanya dibenarkan jika dapat menyatakan permit atau sijil yang berkaitan.
So, untuk pengetahuan semua, Aquilaria spp. atau spesis gaharu telah dimasukkan ke dalam senarai CITES Appendiks II pada tahun 1995.
Nanti bila-bila free, InsyaAllah TK akan cuba berbagi info asal usul Aquilaria spp. ni dimasukkan ke CITES Appendiks II pula. Tahukah anda negara mana yang memulakannya??
(The abbreviation “spp.” is used to denote all species of a higher taxon).
So..kalau nak tau opis CITES tuh kat mana? kat bawah ni alamatnya...
CITES Secretariat
International Environment House
11 Chemin des Anémones
CH-1219 Châtelaine, Geneva
Switzerland
Tel: +41-(0)22-917-81-39/40
Fax: +41-(0)22-797-34-17
*Info tentang CITES di atas adalah dicuplik dari http://www.cites.org

Saturday, April 18, 2009
APA ITU 'CITES'
Ada beberapa badan dunia yang terlibat dalam perindustrian gaharu atau karas ini seperti TRAFFIC dan CITES.
Tapi kali ini TK hanya ingin berkongsi info tentang CITES dan hubungannya dengan pokok gaharu ataupun Karas.
So..apa itu CITES?
CITES itu adalah kependekan dari : the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora.
Ditubuhkan pada tahun 1960, iaitu satu badan perjanjian antarabangsa antar kerajaan untuk memastikan perdagangan antarabangsa untuk spesis haiwan liar dan tumbuhan tidak terancam kepupusannya.
Ciri-ciri perdagangan adalah termasuk dari hasil produk yang diekstrak dari haiwan liar dan tumbuhan seperti produk makanan, barangan kulit, alatan muzik (dari kayu) dan juga ubat-ubatan. Walaupun sesetengah spesis hidupan liar adalah tidak terancam akan tetapi ianya untuk memastikan kewujudan dan kepupusan di masa hadapan.
Bagaimana CITES berfungsi?
CITES telah menetapkan satu sistem kawalan yang berlaku untuk seluruh dunia dalam perdagangan antarabangsa untuk hidupan liar yang terancam dan produk hidupan liar dengan menetapkan bahawa permit dari kerajaan sesuatu negara adalah diperlukan untuk urusan perdagangan tersebut. Sijil keselamatan dan 'stamping' sering digunakan untuk permit-permit yang telah dikeluarkan bagi mengelakkan penipuan dan pemalsuan.
CITES meletakkan spesis dalam TIGA (3) kategori tergantung kepada status perlindungan dan risiko perdagangannya. Senarai spesis dalam setiap kategori itu dihimpunkan dalam appendix yang berbeza-beza di dalam Konvensyen ini iaitu CITES Appendix I, CITES Appendix II dan CITES Appendix III.
So, nantikan apa itu CITES Appendix I, II dan III dan kedudukan pokok GAHARU atau Aquilaria di posting TK yang seterusnya, moga-moga info di atas manafaat..insyaAllah...

Monday, April 13, 2009
SEKITAR TT:SEMBANG SANTAI GAHARU
Terima kasih diucapkan kepada mereka mereka yang telah sudi meluangkan masa menjayakan TT kita di Kopitiam KAWAN Bangi.
Semoga sedikit sebanyak membawa manafaat disamping kita dapat bertukar-tukar fikiran disamping menjalinkan silaturrahmi dalam bentuk baru. Maaf juga di atas segala kekurangan yang ada pada hari tersebut.

*Makluman:
Maaf kerana kami masih kehilangan/mencari kertas kehadiran tuan/puan sewaktu TT di Kopitiam KAWAN..so kepada sesiapa yang telah membawanya pulang diharapkan menghubungi TK untuk dikongsi bersama yach...
18 April 09 :
Alhamdulillah, senarai kehadiran TT telah berjaya dikesan..so, kepada sesiapa yang ingin salinan tersebut sila emel TK..TQ
[Baca seterusnya..]
18 April 09 :
Alhamdulillah, senarai kehadiran TT telah berjaya dikesan..so, kepada sesiapa yang ingin salinan tersebut sila emel TK..TQ
Labels:
TT:Sembang Santai Gaharu
Saturday, March 28, 2009
SESI TT : SEMBANG SANTAI GAHARU
Atas permintaan, Tanamkaras mengambil inisiatif untuk mengadakan satu sesi TT untuk rakan-rakan yang telah ataupun yang berminat untuk terlibat dalam industri gaharu.
Sesi TT yang tidak formal dan secara santai ini adalah untuk kita bersilaturahmi antara pengusaha dengan pemilik kebun gaharu dan..
diharapkan waktu inilah kita dapat mengambil kesempatan berkenalan, bersembang dan berbincang secara 'blak blakan' iaitu secara terang-terangan tentang apa juga persoalan dan keraguan yang ada dalam industri gaharu ini.
Sesi TT ini juga akan disertai oleh sdr Arfan dari pihak Growproject Resources yang akan cuba menjawab apa juga keraguan saudara/i dalam industri ini.
Tuan-tuan juga akan dibawa melawat ke kebun gaharu milik Growproject di Sg Merab, sebagai penutup sesi TT kita ini.
Berikut adalah detail Sesi TT kita yang akan diadakan:
Sesi#1:
Tempat : Kopitiam KAWAN, Sec.3 Bandar Baru Bangi, S'gor
Tarikh : Ahad, 12 April 2009
Waktu : 9:30-11:00 pagi
Tajuk : Inokulan, Pemasaran dan Perlesenan.
Sesi#2: Lawatan
Tempat : Ladang Gaharu Growproject, Sg.Merab
Waktu : 11:30-01:00 tghr.
Kepada yang berminat untuk menyertai TT ini, sila email kami di tanamkaras@gmail.com atau hubungi terus ke: 019.255.8547 (TK).
Kami akan memaklumkan anda sekiranya ada perubahan tarikh atau tempat.
*Arah ke Kopitiam KAWAN:

So..jumpa di sana!! semoga pertemuan kita ini dapat menambah ilmu dan diberkahi Allah..Amiin.
[Baca seterusnya..]
Labels:
Sembang Gaharu,
TT Session
Monday, March 23, 2009
TANAMKARAS KE REMBAU LAGI..
21 Mac 09:
[Baca seterusnya..]
Hari Sabtu yang lepas, tim Tanamkaras sekali lagi turun ke Rembau untuk membuat persiapan terakhir sebelum memulakan kerja-kerja membaja.
Kali ini kami melakukan kerja-kerja meracun kawasan perkebunan kerana rumput-rumput yang sudah agak tinggi dan menebal akibat cuaca yang sering hujan akhir-akhir ini.
TK memang menggunakan racun jenama 'BASTA' (gambar) ini di perkebunan gaharu yang lain walaupun harganya yang agak mahal kerana dikatakan racun ini hanya memberi kesan kepada rumput rampai tetapi tidak kepada pokok yang kita tanam. So agak kurang risiko kalau-kalau terkena pucuk anak pokok gaharu yang masih kecil. (kalau boleh memanglah harus dielakkan).
Subscribe to:
Posts (Atom)