Wednesday, March 18, 2009

TANAMKARAS KE REMBAU

16 Mac 09:

Awan yang menunjukkan Rembau bakal basah lagi

Tim Tanamkaras ke Rembau untuk kerja-kerja pembersihan kawasan dalam persediaan untuk memulakan kerja-kerja membubuh pupuk/baja yang dijadualkan pada bulan April hadapan.

Dan pada hari tersebut juga kami menerima kunjungan dari sdr. Mohd.Isa dan Tuan Hj. Kadir dari Seremban. Mereka ini adalah prospek penanam pokok karas. InsyaAllah mereka akan mula menanam tidak lama lagi dan Tanamkaras mengucapkan terima kasih atas kunjungan, selamat menanam dan kami sedia membantu dalam merealisasikan niat mereka tersebut.

Tim Tanamkaras sedang giat melakukan pembersihan kawasan

Anak anak pokok karas yang baru berusia 3 bulan
[Baca seterusnya..]

Sunday, February 22, 2009

MEMBAJA LAGI

22 Feb 09:

Baja gunung berapi 'Zeolite'.
Seperti yang dijadualkan, hari ini tim TanamKaras ke kebun Lenggeng untuk melakukan kerja-kerja membaja/pupuk.
Untuk pembajaan kali ini, TK masih lagi menggunakan baja gunung berapi 'Zeolite', dan kira-kira hampir 140 kilo baja gunung berapi diperlukan untuk pokok karas kami di tanah seluas 2 ekar ini.
Sekeliling pokok digemburkan dahulu sebelum dibubuh baja.

Baja gunung berapi ditabur di sekeliling pokok karas.

[Baca seterusnya..]

Friday, February 13, 2009

POKOK TEJA=KARAS?

Baru baru ini, TK dihubungi seorang teman yang berasal dari utara tanahair bertanyakan tentang adakah pokok Teja itu sama dengan pokok Gaharu atau Karas?

Dan sememangnya TK bukanlah seorang pakar terlatih tentang tumbuhan, maka TK hanya mampu meminta penangguhan akan jawabannya. (Lagipula, ituhlah pertama kali TK mendengar akan nama pokok Teja selain dari Tun Teja...hehe),.ini pula dikaitkan dengan pokok karas.
So, hari ini TK membuat carian on net dan ini apa yang TK dapat. Samada ianya pokok Teja yang dimaksudkan oleh teman tersebut atau bukan..tapi di bawah inilah faktanya.

"Pokok Medang Teja merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Cinnamomum iners Reinw. ex Bl. Ia sama spesies dengan pokok kayu manis.
Spesies-spesies lain yang berkaitan adalah Cinnamomum iners Reinw. ex Bl., Cinnamomum javanicum Bl. dan Cinnamomum velutinum Ridl."

Pokok Teja

http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=57

"Nama Tempatan: Teja
Nama Saintifik: Cinnamomum culilawan Bl
Nama Lain: Kayu tija(indonesia),culilawan
Famili: Lauraceae
Lokasi dijumpai: Di hutan dan kawasan pembalakan

Keterangan:
Pokok teja ialah sejenis tumbuhan renek yang senang didapati di kampung kampung.

Tumbuhan saka ini adalah tumbuhan dari famili yang sama dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga hampir sama. Seluruh bahagian pokok ini terutama kulit batangnya mempunyai aroma yang kuat.Bahan aktif yang terdapat di dalamnya ialah minyak volatile."

*So, apa yang dapat TK simpulkan di sini adalah pokok Teja itu berlainan famili dengan pokok Karas. Karas dari famili "Thymelaeaceae" manakala pokok Teja dari famili "Lauraceae".

Wallahua'lam..

[Baca seterusnya..]

Saturday, February 7, 2009

Aquilaria HIRTA


Minggu lalu juga TK sempat meluangkan masa menghadiri satu kursus tanaman gaharu yang diadakan di Morib Selangor dan apa yang ingin TK kongsikan di sini adalah tentang spesis karas Aquilaria Hirta. Ya!, A.Hirta...salah satu lagi spesis pokok karas yang ada di Malaysia selain dari A.Malaccencis.
Kalau tak salah TK, inilah juga pokok yang dipanggil pokok Candan oleh orang melayu kita. (sila betulkan TK kalau fakta ini salah). Dan ianya dikatakan banyak terdapat di hutan Terengganu, Pahang dan Johor.
Di sini TK paparkan foto spesis karas A.Hirta berbanding A.Subintegra untuk tatapan bersama.
Apa yang jelas ciri-ciri yang terdapat pada A.Hirta ini adalah daunnya yang melebar amat berbanding dengan spesis karas A.Subintegra.
Spesis karas A.Hirta

Spesis karas A.Subintegra

*Pokok karas spesis Aquilaria Hirta tersebut di atas telah dibawakan kepada anda oleh pihak FRIM (Forest Research Institute Malaysia).

[Baca seterusnya..]

Thursday, February 5, 2009

PERKEMBANGAN DI LENGGENG

1 Feb 09:

Hari ini TK berhujung minggu di kebun Lenggeng meninjau selesainya kerja-kerja pembersihan kawasan untuk persediaan pembajaan yang dijadualkan pada hujung bulan ini.
Antara pokok-pokok gaharu yang berumur diantara 8 bulan-1 tahun.
[Baca seterusnya..]

Monday, January 26, 2009

PERKEMBANGAN DI KAMPUNG

26 Jan 09:

Bersempena dengan cuti CNY ini, TK pulang ke kampung di Muar Johor, menziarahi bonda tercinta disamping meninjau perkembangan mini kebun gaharu di sana.

Alhamdulillah tunas baru tetap tumbuh walaupun dalam keadaan cuaca panas dan tidak hujan

Walaupun di KL masih kadangkala hujan, tetapi di kampung, dikabarkan telah lebih sebulan tidak hujan. Alhamdulillah pokok-pokok gaharu TK di mini kebun di kampung ini kelihatan tidak terjejas dengan cuaca panas dan tidak hujan yang telah lebih sebulan ini. Mungkin kerana usia pokok-pokok tersebut telah pun menjangkau 7 bulan dan akar tunjang telah dapat mencari air di dalam tanah dengan sendirinya.

Pokok-pokok gaharu di kampung yang berusia 7 bulan

[Baca seterusnya..]

Sunday, January 4, 2009

PERKEMBANGAN DI REMBAU

4 Jan 09:

Hari minggu ini, TK dan mitra karas Andres ke Rembau meninjau perkembangan pokok-pokok gaharu kami yang baru ditanam kira-kira 3 minggu yang lalu.

Pemandangan landskap pokok-pokok gaharu di perkebunan kami

Pemandangan pucuk pucuk baru pokok gaharu yang menghijau

[Baca seterusnya..]

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT BerRESOLUSI BARU DI TAHUN BARU!

1 Jan 09:

Di hari pertama tahun 2009 ini, TK ke kebun di Lenggeng, NS untuk menyelesaikan kerja-kerja 'pruning' atau mencantas atau memangkas atau dll.

Di sini dipaparkan beberapa hasil kerja TK yang agak tergesa-gesa dihujungnya kerana awan seolah-olah tidak sabar-sabar ingin menurunkan hujan.


Pokok gaharu sebelum (kiri) dan selepas (kanan) dicantas.
[Baca seterusnya..]

Sunday, December 14, 2008

REMBAU: PENANAMAN HARI KE-4

14 Des 08:
Hari ini TK meninjau lagi kerja-kerja penanaman anak pokok gaharu kami di Rembau. Full credit kami berikan kepada tim Growproject Resources atas komitment yang amat tinggi dalam menyiapkan kerja-kerja menanam.

Dan dengan rasminya dalam keadaan cuaca redup di pagi hari dan hujan di waktu petang, mereka telah berjaya menyelesaikan kerja menanam 2500 anak pokok gaharu dalam masa hanya 4 hari. Sungguh menakjubkan pada pandangan kami.



Pemandangan anak-anak pokok yang telah ditanam
Dan dalam kesibukan kerja penanaman anak-anak pokok gaharu kami, sdr. Arfan (Growproject Resources) telah dengan secara tidak sengaja menjumpai satu anak pokok gaharu liar yang telah terpotong mungkin ketika kerja-kerja pembersihan kawasan dahulu.
Namun, anak pokok tersebut kelihatan telah bertunas semula dan pihak kami akan terus menjaganya....

Anak pokok gaharu liar yang dijumpai di dalam kebun kami

[Baca seterusnya..]

Thursday, December 11, 2008

REMBAU: PENANAMAN-HARI PERTAMA

11 Des 08:
Hari ini TK bersama seluruh tim Growproject Resources ber'kampung' di Rembau dari awal pagi untuk memulakan hari pertama kerja-kerja penanaman anak pokok gaharu kami di tanah seluas 2,7 ekar.

Proses di mulakan dengan kerja-kerja peng'grid'an tanah berjarak 6'x6' bagi memuatkan kira-kira 2500 anak pokok.

Kelancaran kerja kami ini sempat juga diperlahankan dengan hujan rahmat yang turun mencurah-curah sejurus sebelum anak pokok pertama ditanam.


Penanaman anak pokok pertama oleh sdr. Andres (mitra dari Sabah)

Peng'grid'an tanah berjarak 6'x'6'


Persediaan untuk memulakan kerja-kerja penanaman




Kerja-kerja penggalian lubang diposisi

CIRP dan baja tahi 'kelayam' (kelawar+ayam) yang digunakan

CIRP ditabur ke dalam lubang (kiri) diikuti dengan baja tahi kelayam


Anak-anak pokok sedang ditanam

Pemandangan susunan anak pokok yang telah ditanam
*click picture for better view

[Baca seterusnya..]

Wednesday, December 3, 2008

KARAS IN BLACK


Hari Isnin, 1 Des yang lalu TK terus saja menuju ke Rembau sekembalinya dari bercuti kerana adanya penghantaran 2500 bibit gaharu spesis A.Subintegra untuk projek kami di Rembau ini.

Cuma apa yang agak luar biasanya penghantaran bibit gaharu kali ini adalah ianya dilakukan dalam gelap malam. Walaupun rancangannya adalah lebih awal dan sebelum waktu malam, tapi biasalaa.."Wama karu wama karollahu wallohukhoirul makirin"..juga..biar lebih seru gituh lor! *Sekarang ini kami lagi menunggu tim dari Growproject Resources untuk memulakan kerja-kerja menanda (marking) di ladang dan seterusnya penanaman.

[Baca seterusnya..]
Related Posts with Thumbnails