Wednesday, November 11, 2009

PENGHARUM

Pada 30 Oktober 2009 dengan rasminya Persatuan Pengusaha Gaharu Bumiputera Malaysia atau PENGHARUM telah diluluskan.

Pengharum ditubuhkan oleh gabungan pengusaha-pengusaha gaharu malaysia bertujuan untuk menaik taraf industri gaharu tanah air serta memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada ahli-ahli persatuan yang terlibat dalam industri gaharu ini secara terus ataupun tidak.

Pengharum diterajui oleh
Presiden: Dato' Dahlan Taha
Timbalan Presiden: En. Mazalan Mohamed (Fragrance Asia)
Bendahari: Hj. Wahab (Cerah Pagi)
Setiausaha: Mohd Isfa Asri (Oud Resources)
Timbalan Setiausaha: Arfan Ramli (Grow Project Industries)

AGM ataupun mesyuarat agung yg pertama akan diadakan pada 20 Mac 2010, tempat akan diberitahu kelak.

Pengambilan ahli baru kini dibuka, dan boleh hubungi:
Mohd Isfa Asri : 016.246 6064
Arfan Ramli : 016.392 9161

*Pembetulan info :
1-Tarikh Pengharum diluluskan adalah pada 30 Oktober 2009, bukan 31 Oktober 2009 seperti posting terdahulu.
2-Tarikh AGM yang pertama bakal di adakan pada 20 Mac 2010 bukan 31 Mac 2010 seperti posting terdahulu.

Harap maaf.

[Baca seterusnya..]

Sunday, November 1, 2009

BLOG TANAMKARAS GENAP SETAHUN

Alhamdulillah..pejam celik, hari ini genaplah SETAHUN Tanamkaras ngeblog dan berbagi info yang mungkin tak seberapa dengan anda semua. Apa orang kata..'setahun jagung??'..begitulah ibarat kami di dunia karas ini.

Terima kasih kepada mereka yang setia mengikuti dan yang telah melanggan informasi dari kami..

Kami sentiasa terbuka dengan kritik dan sentiasa mengalu-alukan saranan dari mereka-mereka yang jauh lebih 'jago' dan otai-otai di luar sana.
Walau bagaimanapun InsyaAllah kami akan terus sharing any info tentang karas dan mungkin sedikit pengalaman kami selama berkebun karas. Sesungguhnya "sharing is caring". cheers!


[Baca seterusnya..]
Related Posts with Thumbnails