Sunday, December 14, 2008

REMBAU: PENANAMAN HARI KE-4

14 Des 08:
Hari ini TK meninjau lagi kerja-kerja penanaman anak pokok gaharu kami di Rembau. Full credit kami berikan kepada tim Growproject Resources atas komitment yang amat tinggi dalam menyiapkan kerja-kerja menanam.

Dan dengan rasminya dalam keadaan cuaca redup di pagi hari dan hujan di waktu petang, mereka telah berjaya menyelesaikan kerja menanam 2500 anak pokok gaharu dalam masa hanya 4 hari. Sungguh menakjubkan pada pandangan kami.



Pemandangan anak-anak pokok yang telah ditanam
Dan dalam kesibukan kerja penanaman anak-anak pokok gaharu kami, sdr. Arfan (Growproject Resources) telah dengan secara tidak sengaja menjumpai satu anak pokok gaharu liar yang telah terpotong mungkin ketika kerja-kerja pembersihan kawasan dahulu.
Namun, anak pokok tersebut kelihatan telah bertunas semula dan pihak kami akan terus menjaganya....

Anak pokok gaharu liar yang dijumpai di dalam kebun kami

[Baca seterusnya..]

Thursday, December 11, 2008

REMBAU: PENANAMAN-HARI PERTAMA

11 Des 08:
Hari ini TK bersama seluruh tim Growproject Resources ber'kampung' di Rembau dari awal pagi untuk memulakan hari pertama kerja-kerja penanaman anak pokok gaharu kami di tanah seluas 2,7 ekar.

Proses di mulakan dengan kerja-kerja peng'grid'an tanah berjarak 6'x6' bagi memuatkan kira-kira 2500 anak pokok.

Kelancaran kerja kami ini sempat juga diperlahankan dengan hujan rahmat yang turun mencurah-curah sejurus sebelum anak pokok pertama ditanam.


Penanaman anak pokok pertama oleh sdr. Andres (mitra dari Sabah)

Peng'grid'an tanah berjarak 6'x'6'


Persediaan untuk memulakan kerja-kerja penanaman




Kerja-kerja penggalian lubang diposisi

CIRP dan baja tahi 'kelayam' (kelawar+ayam) yang digunakan

CIRP ditabur ke dalam lubang (kiri) diikuti dengan baja tahi kelayam


Anak-anak pokok sedang ditanam

Pemandangan susunan anak pokok yang telah ditanam
*click picture for better view

[Baca seterusnya..]

Wednesday, December 3, 2008

KARAS IN BLACK


Hari Isnin, 1 Des yang lalu TK terus saja menuju ke Rembau sekembalinya dari bercuti kerana adanya penghantaran 2500 bibit gaharu spesis A.Subintegra untuk projek kami di Rembau ini.

Cuma apa yang agak luar biasanya penghantaran bibit gaharu kali ini adalah ianya dilakukan dalam gelap malam. Walaupun rancangannya adalah lebih awal dan sebelum waktu malam, tapi biasalaa.."Wama karu wama karollahu wallohukhoirul makirin"..juga..biar lebih seru gituh lor! *Sekarang ini kami lagi menunggu tim dari Growproject Resources untuk memulakan kerja-kerja menanda (marking) di ladang dan seterusnya penanaman.

[Baca seterusnya..]

Wednesday, November 26, 2008

LENGGENG WITH LOVE

Hujung bulan Nov. ini, Tanam Karas akan berada away from kebun and the net buat sementara waktu dan akan kembali di awal Desember nanti. Selepas kebun dah dibaja ni bolelaa relax sket..mungkin lepas nih nak kena kemas-kemaskan sikit kebun yang tengah semak tuh...maklumla musim hujan..rumput dan lalang cepat naik...


Pokok gaharu yang telah berumur 10 bulan

[Baca seterusnya..]

Monday, November 24, 2008

PRUNING TIME....


*Illustrasi dicuplik dari "HOW to Prune Trees"

Pada kunjungan ke kebun di Lenggeng semalam, TK sempat juga buat kerja-kerja 'pruning' (dalam bahasa-cantas kot) pada beberapa pokok yang dah mula bercabang besar..kadang-kadang rasa sayang jugak nak buang cabang-cabang yang sihat wal'afiat tuh..tapi apa boleh buat..untuk pokok gaharu ini kita mau memaksimalkan a nice clear stretch of the main trunk supaya mudah nak inokulate di masa depan..sudah gaharu cendana pula..


Contoh beberapa cabang pokok yang harus di'prune'

Di sini TK copy-paste kan ada satu 'quote on the net' tentang kiat memerun :
"Pruning cuts should be made so that only branch tissue is removed and stem tissue is not damaged. At the point where the branch attaches to the stem, branch and stem tissues remain separate, but are contiguous. If only branch tissues are cut when pruning, the stem tissues of the tree will probably not become decayed, and the wound will seal more effectively"
[Baca seterusnya..]

Sunday, November 23, 2008

MEMBAJA (PUPUK) YUK!

23 NOV 08 :
Hari ini tim Tanam Karas ke kebun di Lenggeng untuk melakukan kerja-kerja pembajaan pokok.
Baja dibubuh di sekeliling pokok..

Salah seorang tim Tanam Karas sedang membaja (semak giler kebun..hehe..biasalaa..biar lebih alami gituh lor!)

Inilah dia rupa baja Gunung Berapi Zeolite when it breaks the cover

Kali ini 3 1/2 kampit (kira-kira 90 kilo) baja gunung berapi tidak mencukupi seperti sebelumnya, ini kerana kami telah sengaja menambah dosis baja untuk setiap pokok disamping mungkin kerana telah ada tambahan pokok-pokok baru yang disulam.
InsyaAllah kerja-kerja pembajaan akan siap on our next visit..
[Baca seterusnya..]

Friday, November 21, 2008

BAJA GUNUNG BERAPI?


Kali ini Tanam Karas ingin berkongsi info tentang baja yang digunakan untuk tanaman gaharu kami.

Kami memilih 'Baja Gunung Berapi' sebagai 'baja resmi' untuk usaha tanaman gaharu kami setelah mengujinya dan kami amat berpuashati dengan hasil dan perkembangan tanaman kami setakat ini. Pokoknya kami puas hatilah...(nota : baja ini merupakan baja yang diimpor dari Indonesia, yang diproses dari kawah gunung berapi aktif.)

Berikut adalah cuplikan dari website OrganikPro tentang baja yang TK sebutkan di atas tadi..bukan niat nak promo..cuman sharing the info ajah :
NAMA SAINTIFIK: CLINOPTILOLITE ZEOLITE

BAJA GUNUNG BERAPI adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0). Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidakakan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.

KELEBIHAN/KEBAIKAN BAJA GUNUNG BERAPI DALAM PERTANIAN:

Mengandungi 'Potassium' yang tinggi, berkeupayaan bertindakbalas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah.
Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan.
Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.
Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok buah-buahan dll.
Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit.
Memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman.
Meningkatkan pH, KTK, N, Ca. Mg dan K dalam tanah.
Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedia unsur (N,K,dll).
Meningkatkan penyerapan air.
Mengendalikan racun dari unsur aluminium.

[Baca seterusnya..]

Monday, November 17, 2008

TANAM KARAS KE REMBAU

16 JULAI 08:
Hari minggu yang lalu TK bersama seorang pengusaha dari Sabah, sdr. Andres Pacana dan juga sdr. Arfan dari Growproject Resources meninjau tapak tanah seluas 2,7 ekar di Rembau yang telah tersedia untuk ditanam dengan pokok gaharu.

Sdr Arfan-Growproject Resources meninjau jauh tapak tanaman.

Growproject Resources telah dipilih oleh pengusaha dari Sabah ini bagi membekal 2500 bibit gaharu jenis A.Subintegra dan juga bagi menyiapkan kerja-kerja menanam.

Kerja-kerja menanam dijangka akan dimulakan pada minggu terakhir bulan November ini dan diharapkan cuaca yang sering hujan bakal membantu. Doakan kerja-kerja kami berjalan dengan mulus. Amiin..

Sdr Arfan (kiri), Sdr.Rusli-penyelia projek (tengah), sdr.Andres-pengusaha dari Sabah (dua dari kiri) dan Pak Abas membincangkan 'strategi' di tapak tanaman.

[Baca seterusnya..]

Sunday, November 16, 2008

KEMASKINI : SG MACHANG

15 NOV 08:
Kekerapan hujan akhir-akhir ini membuatkan TK meninjau keadaan tanaman di Sg Machang.

Kerana lokasi ladang yang terletak benar-benar di tepi sungai membuatkan kami agak bimbang dengan kemungkinan banjir besar berlaku.

Rumput yang tersangkut pada pokok menunjukkan aras air yang lewat.

Dan telahan TK benar kerana kelihatannya kawasan ladang kami ini telah di'singgahi' air akibat hujan yang dikatakan amat lebat pada malam sebelumnya. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah wa Syukurillah..ladang kami agak selamat dan air tidak menenggelami dan pokok-pokok gaharu tidak tertakung air terlalu lama.


[Baca seterusnya..]

Saturday, November 15, 2008

TANAM KARAS PULANG KAMPUNG

Minggu lalu, Tanam Karas sempat meluangkan masa pulang ke Muar Johor untuk melihat perkembangan tanaman pokok gaharu di kampung.

Seperti yang anda dapat lihat..sebenarnya kawasan tanaman kami ini baru sahaja dipasang dengan pagar yang diambil dari kayu-kayu hutan. Dalam hal ini kami memilih kayu dari pokok Leban untuk dijadikan pagar. Orrait jugakla..yang penting murah! :)


Pagar 'baru' dari kayu pokok leban..anak pokok gaharu yang berumur 4 bulan


Pemandangan pokok-pokok gaharu kami yang baru berusia 4 bulan
[Baca seterusnya..]
Related Posts with Thumbnails