Monday, November 17, 2008

TANAM KARAS KE REMBAU

16 JULAI 08:
Hari minggu yang lalu TK bersama seorang pengusaha dari Sabah, sdr. Andres Pacana dan juga sdr. Arfan dari Growproject Resources meninjau tapak tanah seluas 2,7 ekar di Rembau yang telah tersedia untuk ditanam dengan pokok gaharu.

Sdr Arfan-Growproject Resources meninjau jauh tapak tanaman.

Growproject Resources telah dipilih oleh pengusaha dari Sabah ini bagi membekal 2500 bibit gaharu jenis A.Subintegra dan juga bagi menyiapkan kerja-kerja menanam.

Kerja-kerja menanam dijangka akan dimulakan pada minggu terakhir bulan November ini dan diharapkan cuaca yang sering hujan bakal membantu. Doakan kerja-kerja kami berjalan dengan mulus. Amiin..

Sdr Arfan (kiri), Sdr.Rusli-penyelia projek (tengah), sdr.Andres-pengusaha dari Sabah (dua dari kiri) dan Pak Abas membincangkan 'strategi' di tapak tanaman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails