Wednesday, November 26, 2008

LENGGENG WITH LOVE

Hujung bulan Nov. ini, Tanam Karas akan berada away from kebun and the net buat sementara waktu dan akan kembali di awal Desember nanti. Selepas kebun dah dibaja ni bolelaa relax sket..mungkin lepas nih nak kena kemas-kemaskan sikit kebun yang tengah semak tuh...maklumla musim hujan..rumput dan lalang cepat naik...


Pokok gaharu yang telah berumur 10 bulan

[Baca seterusnya..]

Monday, November 24, 2008

PRUNING TIME....


*Illustrasi dicuplik dari "HOW to Prune Trees"

Pada kunjungan ke kebun di Lenggeng semalam, TK sempat juga buat kerja-kerja 'pruning' (dalam bahasa-cantas kot) pada beberapa pokok yang dah mula bercabang besar..kadang-kadang rasa sayang jugak nak buang cabang-cabang yang sihat wal'afiat tuh..tapi apa boleh buat..untuk pokok gaharu ini kita mau memaksimalkan a nice clear stretch of the main trunk supaya mudah nak inokulate di masa depan..sudah gaharu cendana pula..


Contoh beberapa cabang pokok yang harus di'prune'

Di sini TK copy-paste kan ada satu 'quote on the net' tentang kiat memerun :
"Pruning cuts should be made so that only branch tissue is removed and stem tissue is not damaged. At the point where the branch attaches to the stem, branch and stem tissues remain separate, but are contiguous. If only branch tissues are cut when pruning, the stem tissues of the tree will probably not become decayed, and the wound will seal more effectively"
[Baca seterusnya..]

Sunday, November 23, 2008

MEMBAJA (PUPUK) YUK!

23 NOV 08 :
Hari ini tim Tanam Karas ke kebun di Lenggeng untuk melakukan kerja-kerja pembajaan pokok.
Baja dibubuh di sekeliling pokok..

Salah seorang tim Tanam Karas sedang membaja (semak giler kebun..hehe..biasalaa..biar lebih alami gituh lor!)

Inilah dia rupa baja Gunung Berapi Zeolite when it breaks the cover

Kali ini 3 1/2 kampit (kira-kira 90 kilo) baja gunung berapi tidak mencukupi seperti sebelumnya, ini kerana kami telah sengaja menambah dosis baja untuk setiap pokok disamping mungkin kerana telah ada tambahan pokok-pokok baru yang disulam.
InsyaAllah kerja-kerja pembajaan akan siap on our next visit..
[Baca seterusnya..]

Friday, November 21, 2008

BAJA GUNUNG BERAPI?


Kali ini Tanam Karas ingin berkongsi info tentang baja yang digunakan untuk tanaman gaharu kami.

Kami memilih 'Baja Gunung Berapi' sebagai 'baja resmi' untuk usaha tanaman gaharu kami setelah mengujinya dan kami amat berpuashati dengan hasil dan perkembangan tanaman kami setakat ini. Pokoknya kami puas hatilah...(nota : baja ini merupakan baja yang diimpor dari Indonesia, yang diproses dari kawah gunung berapi aktif.)

Berikut adalah cuplikan dari website OrganikPro tentang baja yang TK sebutkan di atas tadi..bukan niat nak promo..cuman sharing the info ajah :
NAMA SAINTIFIK: CLINOPTILOLITE ZEOLITE

BAJA GUNUNG BERAPI adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0). Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidakakan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.

KELEBIHAN/KEBAIKAN BAJA GUNUNG BERAPI DALAM PERTANIAN:

Mengandungi 'Potassium' yang tinggi, berkeupayaan bertindakbalas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah.
Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan.
Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.
Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok buah-buahan dll.
Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit.
Memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman.
Meningkatkan pH, KTK, N, Ca. Mg dan K dalam tanah.
Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedia unsur (N,K,dll).
Meningkatkan penyerapan air.
Mengendalikan racun dari unsur aluminium.

[Baca seterusnya..]

Monday, November 17, 2008

TANAM KARAS KE REMBAU

16 JULAI 08:
Hari minggu yang lalu TK bersama seorang pengusaha dari Sabah, sdr. Andres Pacana dan juga sdr. Arfan dari Growproject Resources meninjau tapak tanah seluas 2,7 ekar di Rembau yang telah tersedia untuk ditanam dengan pokok gaharu.

Sdr Arfan-Growproject Resources meninjau jauh tapak tanaman.

Growproject Resources telah dipilih oleh pengusaha dari Sabah ini bagi membekal 2500 bibit gaharu jenis A.Subintegra dan juga bagi menyiapkan kerja-kerja menanam.

Kerja-kerja menanam dijangka akan dimulakan pada minggu terakhir bulan November ini dan diharapkan cuaca yang sering hujan bakal membantu. Doakan kerja-kerja kami berjalan dengan mulus. Amiin..

Sdr Arfan (kiri), Sdr.Rusli-penyelia projek (tengah), sdr.Andres-pengusaha dari Sabah (dua dari kiri) dan Pak Abas membincangkan 'strategi' di tapak tanaman.

[Baca seterusnya..]

Sunday, November 16, 2008

KEMASKINI : SG MACHANG

15 NOV 08:
Kekerapan hujan akhir-akhir ini membuatkan TK meninjau keadaan tanaman di Sg Machang.

Kerana lokasi ladang yang terletak benar-benar di tepi sungai membuatkan kami agak bimbang dengan kemungkinan banjir besar berlaku.

Rumput yang tersangkut pada pokok menunjukkan aras air yang lewat.

Dan telahan TK benar kerana kelihatannya kawasan ladang kami ini telah di'singgahi' air akibat hujan yang dikatakan amat lebat pada malam sebelumnya. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah wa Syukurillah..ladang kami agak selamat dan air tidak menenggelami dan pokok-pokok gaharu tidak tertakung air terlalu lama.


[Baca seterusnya..]

Saturday, November 15, 2008

TANAM KARAS PULANG KAMPUNG

Minggu lalu, Tanam Karas sempat meluangkan masa pulang ke Muar Johor untuk melihat perkembangan tanaman pokok gaharu di kampung.

Seperti yang anda dapat lihat..sebenarnya kawasan tanaman kami ini baru sahaja dipasang dengan pagar yang diambil dari kayu-kayu hutan. Dalam hal ini kami memilih kayu dari pokok Leban untuk dijadikan pagar. Orrait jugakla..yang penting murah! :)


Pagar 'baru' dari kayu pokok leban..anak pokok gaharu yang berumur 4 bulan


Pemandangan pokok-pokok gaharu kami yang baru berusia 4 bulan
[Baca seterusnya..]

Thursday, November 13, 2008

BIAR FOTO YANG BERBICARA


[Baca seterusnya..]

Tuesday, November 11, 2008

BEZA FISIK SPESIS POKOK KARAS@GAHARU@DEPU


Umum mengetahui bahawa grade spesis pokok gaharu yang terbaik dan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi adalah dari spesis A.Subintegra. (Persidangan gaharu sedunia 2004, Vietnam).

Namun demikian jenis A.Subintegra ini tidak terdapat tumbuh di hutan Malaysia, ianya adalah dari Thailand dan Cambodia. Oleh itu cuba anda teka apakah spesis pokok gaharu yang paling banyak tumbuh di hutan Malaysia?

Betul!..jawapannya adalah spesis A.Malaccencis..walau demikian, masih banyak perdebatan di luar sana tentang spesis manakah yang benar-benar mampu menghasilkan 'final product' yang terbukti. Biasalaa orang melayu..hehe..Tak pe, kita lupakan bab ini dulu..lagipun TK bukanlah insan yang mampu membicarakan tentang isu ini.

Apa yang TK cuba sembangkan di sini hanyalah mau menunjukkan perbezaan antara spesis A.Subintegra dan A.Malaccencis (foto). Maaf..TK belum punya rekod dan foto sebenar dalam simpanan, untuk spesisnya A.Crassna.








A.Malaccencis (kiri): Daunnya lebih melebar, berkilat dan urat daunnya yang agak tidak tenggelam, manakala A.Subintegra (kanan): daunnya lebih tirus membujur dan urat daunnya yang timbul dan lebih jelas.
*Sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas.
Pokok 'DEPU' juga adalah satu panggilan oleh orang Kelantan untuk pokok Gaharu..so sama aje..
[Baca seterusnya..]

Monday, November 10, 2008

TAHUKAH ANDA?


Tahukah anda pada masa ini, Malaysia dan Indonesia adalah merupakan pengeluar utama produk Gaharu daripada pokok Aquilaria spp. dari sumber kawasan hutan asli.
Manakala negeri-negeri pengeluar Gaharu yang lain seperti Thailand, Laos, Cambodia dan India memperolehinya dari pokok Aquilaria yang ditanam!
*Sumber: Kertas kerja Persidangan Gaharu Kebangsaan 2007

Dari perkembangan ini, kemungkinan besar Aquilaria spp.ini akan disenaraikan dalam Appendik 1 kelak di mana perdagangan Gaharu yang bersumberkan daripada hasil hutan asli tidak dibenarkan, hanya perdagangan dari sumber pokok Aquilaria spp.yang ditanam secara ladang sahaja yang dibenarkan.
[Baca seterusnya..]

Friday, November 7, 2008

MINI BENGKEL GAHARU

Julai 08 :
Satu mini-bengkel tentang gaharu telah dianjurkan oleh syarikat INKUAS di Seremban, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, saudara Arfan dari Growproject Resources telah sudi untuk menjadi 'speaker' untuk kami di bengkel tersebut.

[Baca seterusnya..]

Tuesday, November 4, 2008

GRADE GAHARU


Di dalam bancian "Persidangan Gaharu Sedunia" yang julung kali diadakan di Vietnam pada tahun 2004, terdapat 16 spesies Gaharu yang telah dikenalpasti mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Berikut adalah senarai gaharu mengikut sistem grade yang telah dipersetujui dalam persidangan gaharu tersebut.

1. Aquilaria Subintegra - Thailand
2. Aquilaria Crassna - Thailand, Cambodia
3. Aquilaria Malaccensis - Thailand, Malaysia, India
4. Aquilaria Apiculata - Philippines
5. Aquilaria Baillonil - Thailand, Cambodia
6. Aquilaria Baneonsis - Vietnam
7. Aquilaria Beccarian - Indonesia
8. Aquilaria Brachyantha - Malaysia
9. Aquilaria Cumingiana - Indonesia, Malaysia
10. Aquilaria Filaria - Papua New Guinea, China
11. Aquilaria Grandiflora - China
12. Aquilaria Hilata - Indonesia, Malaysia
13. Aquilaria Khasiana - India
14. Aquilaria Microcapa - Indonesia, Malaysia
15. Aquilaria Rostrata - Malaysia
16. Aquilaria Sinensis - China

Aquilaria Subintegra telah dikenalpasti sebagai satu-satunya spesis gaharu yang menghasilkan damar Gaharu yang berkualiti tinggi.

Pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra telah dikenalpasti menghasilkan Super Grade agar resin, hasil minyak yang banyak dan bau wangi yang menyenangkan.

Damar yang dihasilkan oleh pokok Gaharu kini digredkan JabatanPerhutanan Semenanjung Malaysia dengan gred Super A, A, B, C serta D, dan harga Super A dijual antara RM15,000 dan RM20,000 sekilogram di pasaran antarabangsa.

*Semoga 5-6 tahun ke depan, harga-harga yang didatakan sekarang ini masih berlaku ya..ya yang paling penting!..kita harus luruskan niat!, sempurnakan ikhtiar!, tawakkal!, yang lain-lainnya itu biar Allah ajah yang ngatur!
[Baca seterusnya..]

INFO: NAMA LAIN BAGI AGARWOOD


Ini laa dia antara bahasa-bahasa dunia untuk kata 'Gaharu'. Bukan nak suruh anda hafal, tapi sekurang kurangnya tau la sebut bahasa-bahasa lain. Haa..anda tau ke 'Assamese' tuh bahasa orang mana??

chén-xīang () -bahasa Cina
jin-koh (
) - bahasa Jepun
oud (عود) - bahasa Arab

ogoru - bahasa Assamese

gaharu - bahasa Indonesia dan Malaysia

ghara - bahasa New Guinea

trầm hương - bahasa Vietnam

agar - bahasa Hindi
(India)
m
ai ketsana - bahasa Laos


[Baca seterusnya..]

Monday, November 3, 2008

MUAR, JOHOR JULY-08

Ini adalah merupakan satu projek keluarga TK di kampung di Muar Johor. Sejumlah 151 batang pokok gaharu dari spesis A.Subintegra telah ditanam dan diharapkan bakal menyatukan kami sekeluarga..amiin.
[Baca seterusnya..]

SG MACHANG JULY-08

Projek usaha sama TK dengan Che Din, (tiada di dalam gambar) di tanah seluas 2 ekar di Sg Machang, Lenggeng. Jumlah pokok yang ditanam - 1850 pokok dari spesis A.Subintegra.

[Baca seterusnya..]

Sunday, November 2, 2008

DI LADANG GAHARU GROWPROJECT SG MERAB

Mac 2008: Kunjungan TK ke ladang gaharu milik Saudara Arfan di Sg Merab, Bangi. Kunjungan yang kami anggap amat informatif disamping dapat menjalinkan silaturrahmi antara kami yang 'beginner+rookie' dalam bidang ini, dengan pengusaha gaharu yang berpengalaman.

Perbincangan mesra kami bersama ayahanda saudara Arfan, (maaf pakcik kami lupa nama pakcik). Che Din (kanan) kelihatan amat tenang dan nyaman dikelilingi pepohonan hijau.

Bersama sdr. Azuwan (tengah) dan sdr. Arfan (kanan), Pengarah Urusan Growproject Resources

[Baca seterusnya..]

BERSAMA PENGARAH PROJEK LENGGENG

TK (kanan) bersama mitra sdr.Azuwan (kiri) dan Pengarah Projek (tengah), sdr.Zulkefly Mohamad Omar
[Baca seterusnya..]

LENGGENG JAN-08

Bismiilah, projek penanaman pokok gaharu TK dimulakan di tanah seluas 1.9 ekar di Lenggeng pada hujung bulan Januari 2008. Sejumlah 1200 pokok dari spesis A.Subintegra telah ditanam untuk fasa pertama ini.
Semoga usaha TK ini dipandang dengan pandangan rahmat ALLAH..amiin.
[Baca seterusnya..]
Related Posts with Thumbnails