Saturday, March 28, 2009

SESI TT : SEMBANG SANTAI GAHARU

Atas permintaan, Tanamkaras mengambil inisiatif untuk mengadakan satu sesi TT untuk rakan-rakan yang telah ataupun yang berminat untuk terlibat dalam industri gaharu.
Sesi TT yang tidak formal dan secara santai ini adalah untuk kita bersilaturahmi antara pengusaha dengan pemilik kebun gaharu dan..
diharapkan waktu inilah kita dapat mengambil kesempatan berkenalan, bersembang dan berbincang secara 'blak blakan' iaitu secara terang-terangan tentang apa juga persoalan dan keraguan yang ada dalam industri gaharu ini.

Sesi TT ini juga akan disertai oleh sdr Arfan dari pihak Growproject Resources yang akan cuba menjawab apa juga keraguan saudara/i dalam industri ini.

Tuan-tuan juga akan dibawa melawat ke kebun gaharu milik Growproject di Sg Merab, sebagai penutup sesi TT kita ini.

Berikut adalah detail Sesi TT kita yang akan diadakan:

Sesi#1:
Tempat : Kopitiam KAWAN, Sec.3 Bandar Baru Bangi, S'gor
Tarikh : Ahad, 12 April 2009
Waktu : 9:30-11:00 pagi
Tajuk : Inokulan, Pemasaran dan Perlesenan.

Sesi#2: Lawatan
Tempat : Ladang Gaharu Growproject, Sg.Merab
Waktu : 11:30-01:00 tghr.

Kepada yang berminat untuk menyertai TT ini, sila email kami di tanamkaras@gmail.com atau hubungi terus ke: 019.255.8547 (TK).

Kami akan memaklumkan anda sekiranya ada perubahan tarikh atau tempat.

*Arah ke Kopitiam KAWAN:

So..jumpa di sana!! semoga pertemuan kita ini dapat menambah ilmu dan diberkahi Allah..Amiin.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails