Monday, March 23, 2009

TANAMKARAS KE REMBAU LAGI..

21 Mac 09:

Hari Sabtu yang lepas, tim Tanamkaras sekali lagi turun ke Rembau untuk membuat persiapan terakhir sebelum memulakan kerja-kerja membaja.

Kali ini kami melakukan kerja-kerja meracun kawasan perkebunan kerana rumput-rumput yang sudah agak tinggi dan menebal akibat cuaca yang sering hujan akhir-akhir ini.

TK memang menggunakan racun jenama 'BASTA' (gambar) ini di perkebunan gaharu yang lain walaupun harganya yang agak mahal kerana dikatakan racun ini hanya memberi kesan kepada rumput rampai tetapi tidak kepada pokok yang kita tanam. So agak kurang risiko kalau-kalau terkena pucuk anak pokok gaharu yang masih kecil. (kalau boleh memanglah harus dielakkan).

2 comments:

  1. saya kagum blog tuan, saya pun bersemangat untuk tanam gaharu, utk pengetahuan tuan, saya pun dah tanam karas di kampung jelebu lenggeng sebanyak 500 pokok. baru sebulan tanam. dan 30 pokok lagi tanam di rumah kg saya di jelebu.

    Semoga blog tuan akan memberi semangat dan pengetahuan kpd kami untuk maju dalam tanam gaharu ini.

    ReplyDelete
  2. Tuan, saya hanya share info tentang racum rumput. Saya guna Round up di kebun gaharu saya. Round up bagus untuk lalang dan boleh tahan 3 bulan tapi kena 3-5 hari rumput baru mati. Basta juga bagus, rumput cepat mati hanya kurang berkesan kpd lalang. Round up tiada kesan kepada gaharu setalah 1.5 tahun pakai .isyah allah, tiada kesan pada masa depan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails