Wednesday, November 26, 2008
LENGGENG WITH LOVE
Monday, November 24, 2008
PRUNING TIME....
"Pruning cuts should be made so that only branch tissue is removed and stem tissue is not damaged. At the point where the branch attaches to the stem, branch and stem tissues remain separate, but are contiguous. If only branch tissues are cut when pruning, the stem tissues of the tree will probably not become decayed, and the wound will seal more effectively"

Sunday, November 23, 2008
MEMBAJA (PUPUK) YUK!
Friday, November 21, 2008
BAJA GUNUNG BERAPI?


BAJA GUNUNG BERAPI adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0). Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidakakan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.
KELEBIHAN/KEBAIKAN BAJA GUNUNG BERAPI DALAM PERTANIAN:
Mengandungi 'Potassium' yang tinggi, berkeupayaan bertindakbalas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah.
Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan.
Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.
Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok buah-buahan dll.
Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit.
Memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman.
Meningkatkan pH, KTK, N, Ca. Mg dan K dalam tanah.
Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedia unsur (N,K,dll).
Meningkatkan penyerapan air.
Mengendalikan racun dari unsur aluminium.
Monday, November 17, 2008
TANAM KARAS KE REMBAU
Hari minggu yang lalu TK bersama seorang pengusaha dari Sabah, sdr. Andres Pacana dan juga sdr. Arfan dari Growproject Resources meninjau tapak tanah seluas 2,7 ekar di Rembau yang telah tersedia untuk ditanam dengan pokok gaharu.
Sdr Arfan-Growproject Resources meninjau jauh tapak tanaman.
Growproject Resources telah dipilih oleh pengusaha dari Sabah ini bagi membekal 2500 bibit gaharu jenis A.Subintegra dan juga bagi menyiapkan kerja-kerja menanam.
Kerja-kerja menanam dijangka akan dimulakan pada minggu terakhir bulan November ini dan diharapkan cuaca yang sering hujan bakal membantu. Doakan kerja-kerja kami berjalan dengan mulus. Amiin..
Sdr Arfan (kiri), Sdr.Rusli-penyelia projek (tengah), sdr.Andres-pengusaha dari Sabah (dua dari kiri) dan Pak Abas membincangkan 'strategi' di tapak tanaman.
[Baca seterusnya..]Sunday, November 16, 2008
KEMASKINI : SG MACHANG
Kekerapan hujan akhir-akhir ini membuatkan TK meninjau keadaan tanaman di Sg Machang.
Kerana lokasi ladang yang terletak benar-benar di tepi sungai membuatkan kami agak bimbang dengan kemungkinan banjir besar berlaku.
Rumput yang tersangkut pada pokok menunjukkan aras air yang lewat.
Dan telahan TK benar kerana kelihatannya kawasan ladang kami ini telah di'singgahi' air akibat hujan yang dikatakan amat lebat pada malam sebelumnya. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah wa Syukurillah..ladang kami agak selamat dan air tidak menenggelami dan pokok-pokok gaharu tidak tertakung air terlalu lama.
[Baca seterusnya..]Saturday, November 15, 2008
TANAM KARAS PULANG KAMPUNG
Seperti yang anda dapat lihat..sebenarnya kawasan tanaman kami ini baru sahaja dipasang dengan pagar yang diambil dari kayu-kayu hutan. Dalam hal ini kami memilih kayu dari pokok Leban untuk dijadikan pagar. Orrait jugakla..yang penting murah! :)
Pagar 'baru' dari kayu pokok leban..anak pokok gaharu yang berumur 4 bulan
Pemandangan pokok-pokok gaharu kami yang baru berusia 4 bulan
Thursday, November 13, 2008
Tuesday, November 11, 2008
BEZA FISIK SPESIS POKOK KARAS@GAHARU@DEPU
Umum mengetahui bahawa grade spesis pokok gaharu yang terbaik dan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi adalah dari spesis A.Subintegra. (Persidangan gaharu sedunia 2004, Vietnam).
Namun demikian jenis A.Subintegra ini tidak terdapat tumbuh di hutan Malaysia, ianya adalah dari Thailand dan Cambodia. Oleh itu cuba anda teka apakah spesis pokok gaharu yang paling banyak tumbuh di hutan Malaysia?
Betul!..jawapannya adalah spesis A.Malaccencis..walau demikian, masih banyak perdebatan di luar sana tentang spesis manakah yang benar-benar mampu menghasilkan 'final product' yang terbukti. Biasalaa orang melayu..hehe..Tak pe, kita lupakan bab ini dulu..lagipun TK bukanlah insan yang mampu membicarakan tentang isu ini.
Apa yang TK cuba sembangkan di sini hanyalah mau menunjukkan perbezaan antara spesis A.Subintegra dan A.Malaccencis (foto). Maaf..TK belum punya rekod dan foto sebenar dalam simpanan, untuk spesisnya A.Crassna.
Monday, November 10, 2008
TAHUKAH ANDA?

Friday, November 7, 2008
MINI BENGKEL GAHARU
Satu mini-bengkel tentang gaharu telah dianjurkan oleh syarikat INKUAS di Seremban, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, saudara Arfan dari Growproject Resources telah sudi untuk menjadi 'speaker' untuk kami di bengkel tersebut.
Tuesday, November 4, 2008
GRADE GAHARU
INFO: NAMA LAIN BAGI AGARWOOD
Ini laa dia antara bahasa-bahasa dunia untuk kata 'Gaharu'. Bukan nak suruh anda hafal, tapi sekurang kurangnya tau la sebut bahasa-bahasa lain. Haa..anda tau ke 'Assamese' tuh bahasa orang mana??
chén-xīang (沉香) -bahasa Cina
jin-koh (沈香) - bahasa Jepun
oud (عود) - bahasa Arab
ogoru - bahasa Assamese
gaharu - bahasa Indonesia dan Malaysia
ghara - bahasa New Guinea
trầm hương - bahasa Vietnam
agar - bahasa Hindi (India)
mai ketsana - bahasa Laos
[Baca seterusnya..]
Monday, November 3, 2008
MUAR, JOHOR JULY-08

.jpg)
SG MACHANG JULY-08
Projek usaha sama TK dengan Che Din, (tiada di dalam gambar) di tanah seluas 2 ekar di Sg Machang, Lenggeng. Jumlah pokok yang ditanam - 1850 pokok dari spesis A.Subintegra.
[Baca seterusnya..]Sunday, November 2, 2008
DI LADANG GAHARU GROWPROJECT SG MERAB
Perbincangan mesra kami bersama ayahanda saudara Arfan, (maaf pakcik kami lupa nama pakcik). Che Din (kanan) kelihatan amat tenang dan nyaman dikelilingi pepohonan hijau.
Bersama sdr. Azuwan (tengah) dan sdr. Arfan (kanan), Pengarah Urusan Growproject Resources