Tuesday, November 11, 2008

BEZA FISIK SPESIS POKOK KARAS@GAHARU@DEPU


Umum mengetahui bahawa grade spesis pokok gaharu yang terbaik dan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi adalah dari spesis A.Subintegra. (Persidangan gaharu sedunia 2004, Vietnam).

Namun demikian jenis A.Subintegra ini tidak terdapat tumbuh di hutan Malaysia, ianya adalah dari Thailand dan Cambodia. Oleh itu cuba anda teka apakah spesis pokok gaharu yang paling banyak tumbuh di hutan Malaysia?

Betul!..jawapannya adalah spesis A.Malaccencis..walau demikian, masih banyak perdebatan di luar sana tentang spesis manakah yang benar-benar mampu menghasilkan 'final product' yang terbukti. Biasalaa orang melayu..hehe..Tak pe, kita lupakan bab ini dulu..lagipun TK bukanlah insan yang mampu membicarakan tentang isu ini.

Apa yang TK cuba sembangkan di sini hanyalah mau menunjukkan perbezaan antara spesis A.Subintegra dan A.Malaccencis (foto). Maaf..TK belum punya rekod dan foto sebenar dalam simpanan, untuk spesisnya A.Crassna.








A.Malaccencis (kiri): Daunnya lebih melebar, berkilat dan urat daunnya yang agak tidak tenggelam, manakala A.Subintegra (kanan): daunnya lebih tirus membujur dan urat daunnya yang timbul dan lebih jelas.
*Sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas.
Pokok 'DEPU' juga adalah satu panggilan oleh orang Kelantan untuk pokok Gaharu..so sama aje..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails