Sunday, November 16, 2008

KEMASKINI : SG MACHANG

15 NOV 08:
Kekerapan hujan akhir-akhir ini membuatkan TK meninjau keadaan tanaman di Sg Machang.

Kerana lokasi ladang yang terletak benar-benar di tepi sungai membuatkan kami agak bimbang dengan kemungkinan banjir besar berlaku.

Rumput yang tersangkut pada pokok menunjukkan aras air yang lewat.

Dan telahan TK benar kerana kelihatannya kawasan ladang kami ini telah di'singgahi' air akibat hujan yang dikatakan amat lebat pada malam sebelumnya. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah wa Syukurillah..ladang kami agak selamat dan air tidak menenggelami dan pokok-pokok gaharu tidak tertakung air terlalu lama.


1 comment:

  1. Kebun gaharu saya pernah dibanjiri juga. Dari pengalaman akhir tahun lepas, gaharu boleh tahan banjir kalau hanya banjir sehari dua. Tapi tak boleh tahan selama seminggu. Kalau anak pokok selamat daripada banjir, pertumbuhan kurang elok. Alhamdulilah, hanya 7-8 pokok yang kena

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails