Gaharu berasal dari perkataan sanskrit "Agaru" yang bererti kayu berat yang mempunyai damar atau resin yang beraroma harum apabila dibakar.
Gaharu yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau 'stress' samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan normal.
Nama pasaran yang digunakan di peringkat antarabangsa dan tempatan pula adalah seperti Agarwood, Aloeswood, Eaglewood, Jin-koh dan Kalamabak.
Kandungan Kimia :
Gaharu didapati mempunyai komponen komponen utama berupa sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygegnated dan chromone.
Komponen-komponen lain yang lebih penting pula ialah agarospiral, jinkohol-eremol,jinkool yang menghasilkan aroma gaharu (nakanisihi et al, 1984).
Kegunaan :
Digunakan dalam industri bahan wangian, perubatan, upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurverdic dan dibakar untuk mengharumkan rumah di negara Timur Tengah.
Digunakan dalam industri bahan wangian, perubatan, upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurverdic dan dibakar untuk mengharumkan rumah di negara Timur Tengah.
*Korang tau ke yang nama 'Ayurverdic' tu apa kebenda?
No comments:
Post a Comment