Saturday, April 18, 2009

APA ITU 'CITES'

Ada beberapa badan dunia yang terlibat dalam perindustrian gaharu atau karas ini seperti TRAFFIC dan CITES.
Tapi kali ini TK hanya ingin berkongsi info tentang CITES dan hubungannya dengan pokok gaharu ataupun Karas.

So..apa itu CITES?

CITES itu adalah kependekan dari : the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora.

Ditubuhkan pada tahun 1960, iaitu satu badan perjanjian antarabangsa antar kerajaan untuk memastikan perdagangan antarabangsa untuk spesis haiwan liar dan tumbuhan tidak terancam kepupusannya.

Ciri-ciri perdagangan adalah termasuk dari hasil produk yang diekstrak dari haiwan liar dan tumbuhan seperti produk makanan, barangan kulit, alatan muzik (dari kayu) dan juga ubat-ubatan. Walaupun sesetengah spesis hidupan liar adalah tidak terancam akan tetapi ianya untuk memastikan kewujudan dan kepupusan di masa hadapan.

Bagaimana CITES berfungsi?

CITES telah menetapkan satu sistem kawalan yang berlaku untuk seluruh dunia dalam perdagangan antarabangsa untuk hidupan liar yang terancam dan produk hidupan liar dengan menetapkan bahawa permit dari kerajaan sesuatu negara adalah diperlukan untuk urusan perdagangan tersebut. Sijil keselamatan dan 'stamping' sering digunakan untuk permit-permit yang telah dikeluarkan bagi mengelakkan penipuan dan pemalsuan.

CITES meletakkan spesis dalam TIGA (3) kategori tergantung kepada status perlindungan dan risiko perdagangannya. Senarai spesis dalam setiap kategori itu dihimpunkan dalam appendix yang berbeza-beza di dalam Konvensyen ini iaitu CITES Appendix I, CITES Appendix II dan CITES Appendix III.

So, nantikan apa itu CITES Appendix I, II dan III dan kedudukan pokok GAHARU atau Aquilaria di posting TK yang seterusnya, moga-moga info di atas manafaat..insyaAllah...

1 comment:

  1. tq 4 the information..klu boleh sy nk tahu dgn lebih lanjut ttg apa itu CITES Appendix I, CITES Appendix II dan CITES Appendix III.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails