Saturday, June 6, 2009

CITES APPENDIKS I, II dan III

Seperti yang di janjikan kali ini TK cuba membawakan info ringkas untuk dikongsi bersama tentang apa itu CITES Appendiks I,II dan III.

So, apa itu CITES Appendiks I, II dan III?

Appendiks I, II dan III di dalam CITES adalah satu senarai spesis yang dilindungi yang di kategorikan bergantung kepada tahap atau jenis perlindungan yang diberikan terhadap ancaman kepupusan atau 'over-exploitation'.

Jenis spesis yang dilindungi tersebut boleh ditambah atau dikeluarkan dari dalam senarai Appendiks I dan II atau dikeluarkan atau ditukar antara keduanya (Appendiks), hanya melalui persidangan CITES berdasarkan keputusan dari mesyuarat biasa atau melalui prosidur pos. (artikel XV CITES).

Akan tetapi, sesuatu spesis itu boleh ditambah atau dikeluarkan dari Appendiks III pada bila-bila masa oleh pihak CITES atau pihak negara yang terbabit.

Appendiks I:
Appendiks I adalah senarai spesis haiwan atau tumbuhan yang paling terancam dengan kepupusan.

Segala bentuk perdagangan untuk spesis ini adalah dilarang dan hanya dibenarkan untuk tujuan penyelidikan dan bukan untuk tujuan komersial.
Untuk tujuan itu, sijil kebenaran dikeluarkan selagi ianya telah disahkan oleh permit export dan import setelah melalui peraturan yang amat ketat.

Appendiks II:
Segala spesis yang masih belum terancam kepupusan pada waktu ini tetapi boleh terjadi kecuali perdagangan untuk spesis ini atau sejenisnya dikawal agar penggunaannya seimbang dengan kehidupannya.

Appendiks ini juga boleh dikatakan kategori spesis yang dipantau perdagangannya. Ia juga termasuk 'look alike species' contohnya spesis yang didagangkan itu seperti sama dengan yang tersenarai dalam senarai perlindungan.

Perdagangan secara komersial adalah dibenarkan tetapi harus melalui prosidur yang ditetapkan dan setiap contoh barangan perlu mempunyai sijil CITES sebelum penjualan dibenarkan. Sijil ini mesti menunjukkan secara terperinci tentang haiwan atau tumbuhan tersebut, sijil importnya dan sebagainya..

Permit atau sijil hanya diberikan jika pihak berkuasa yang bekenaan berpuashati setelah syarat yang sepatutnya telah dipenuhi tergantung kepada sesetengah negara itu.

Appendix III:
Appendiks ini mengandungi spesis yang dilindungi sekurang kurangnya di satu negara yang telah meminta bantuan pihak CITES dalam mengawal perdagangannya. Negara tersebut akan berkolaborasi dengan pihak CITES dalam mencegah exploitasi berterusan dan perdagangan haram atas spesis itu.

Perdagangan antarabangsa hanya dibenarkan jika dapat menyatakan permit atau sijil yang berkaitan.

So, untuk pengetahuan semua, Aquilaria spp. atau spesis gaharu telah dimasukkan ke dalam senarai CITES Appendiks II pada tahun 1995.
Nanti bila-bila free, InsyaAllah TK akan cuba berbagi info asal usul Aquilaria spp. ni dimasukkan ke CITES Appendiks II pula. Tahukah anda negara mana yang memulakannya??

(The abbreviation “spp.” is used to denote all species of a higher taxon).

So..kalau nak tau opis CITES tuh kat mana? kat bawah ni alamatnya...

CITES Secretariat
International Environment House
11 Chemin des Anémones
CH-1219 Châtelaine, Geneva
Switzerland
Tel: +41-(0)22-917-81-39/40
Fax: +41-(0)22-797-34-17

*Info tentang CITES di atas adalah dicuplik dari http://www.cites.org

1 comment:

  1. sue southernfarmvalleyJune 16, 2009 at 4:52 PM

    tq 4 your information...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails